Pelancar anti-kereta kebal Carl Gustav
Pelancar anti-kereta kebal Carl Gustav

Pelancar anti-kereta kebal Carl Gustav

Carl Gustav adalah nama senjata bagi pelancar anti kereta kebal berkaliber 84mm buatan Bofors Anti Armour AB, Sweden. Diperkenalkan pada tahun 1946, dan ketika senjata seumpamanya pada era tersebut kebanyakannya lenyap, Carl Gustav kekal digunakan secara meluas hari ini, malah ia digunakan dalam peranan yang baru. Tentera British menggelarkannya sebagai Charlie G. Pasukan Kanada sering kali mengelarkannya sebagai 84 atau Carl G. Tenetera A.S sering merujukkannya sebagai RAAWS atau Ranger Anti-Armor Weapon System, the Gustav atau ringkasnya Angsa. Di Australia ia turut digelar sebagai Charlie Gutsache (gut ache, slang bagi sakit perut). Di negara asalnya ia secara rasmi dinamakan sebagai Grg m/48 (Granatgevär, bererti rifle granet, model 48) dan kadang kala digelar Stuprör (paip longkang) disebabkan senjata ini terdiri dari tiub panjang.Senjata ini digunakan oleh Jeremy Clarkson bagi menembak kereta yang dilancarkan dari tebing tinggi bagi pertunjukan kereta British Top Gear.

Pelancar anti-kereta kebal Carl Gustav

Kaliber 84 mm
Tempat asal  Sweden
Sistem suapan Suapan belakang
Dalam perkhidmatan 1948 - kini
Direka 1946 (M1) 1964 (M2) 1991 (M3)
Kadar tembakan 6 butir/minit
Berat 8.5 kg, 0.8 kg pendakat
Perang Perang Afghanistan, Perang Falklands
Panjang 1.1 Meter
Pereka Hugo Abramson dan Harald Jentzen
Krew 1 Minimum, 2 Optimal
Penglihatan Teleskop optik 3x; Pencari jarak Laser; Sistem penguat imej
Digunakan oleh Austria, Australia, Kanada, Chile, Republik Czech, Estonia, India, Indonesia, Ireland, Israel, Malaysia, New Zealand, Norway, Poland, Sweden, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat
Halaju muncung 230-255 m/s
Pengeluar Bofors Anti Armour AB
Jenis Anti-kereta kebal